Tarikh

: 5 Ogos 2022

Masa

: 8.00 Pagi – 4.00 Petang

Lokasi

: Pekan Gerik

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Memberi Kesedaran Klik Dengan Bijak dan mempromosikan peranan Pusat Ekonomi Digital Kluster Hulu Perak dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

 

Aktiviti

Pusat Ekonomi Digital Kluster Hulu Perak bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Perak telah membuka booth sempena program Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Negeri Perak Darul Ridzuan yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Hentian Gerik. Antara agensi lain yang turut serta membuka booth adalah BOMBA & Penyelamat, PDRM, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak, Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di booth Pusat Ekonomi Digital Kluster Hulu Perak seperti pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak dan kuiz kemerdekaan. Manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Perak telah membuka kaunter aduan untuk kemudahan komuniti setempat.

 

Gambar Aktiviti Disini