Tarikh

: 12 Disember 2018

Masa

: 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 75 Orang

 

 

Tujuan

1. Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat

2. Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat

3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti 

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong   dengan kerjasama pihak KOSPEN KRT Muhibbah Lenggong dan dihadiri oleh Kelab Warga Emas Lenggong, Kelab Rukun Tetangga Pekan Lenggong serta ahli Pusat Internet Lenggong. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan,Kuiz online Quizizz berdasarkan kempen hidup sihat,    Pertandingan mewarna untuk warga emas dan kanak-kanak ,  melabel  lokasi  pusat pemeriksaan dan penjagaan kesihatan seperti klinik, farmasi , pembekal ubat atau barangan kesihatan melalui My Place, Membuat artikel kesihatan atau kebersihan alam sekitar melalui carian internet dan di muat naik ke My Komuniti  dan Jaguh Youtube dengan mencari resepi makanan sihat melalui youtube.

Selesai semua aktiviti dijalankan Puan Farawahida Binti Razali iaitu Pegawai Sains pemakanan Klinik Kesihatan Lenggong telah menyampaikan ceramah pemakanan dan makanan sihat kepada peserta yang hadir. Hadiah pertandingan pula telah disampaikan oleh Encik Adzahar Bin Mohd Yunus iaitu Penghulu Mukim Lenggong. Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang telah disediakan oleh Pusat Internet Lenggong dengan sukatan suku suku separuh bersesuaian dengan program yang telah dianjurkan.

 

Gambar Aktiviti DISINI