Tarikh

: 10 Febuari 2019

Masa

: 2.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 22 orang

 

 

Tujuan

Memberi peluang dan kemudahan kepada komuniti Lenggong untuk menghadiri kursus wajib ini di kawasan Lenggong.

 

Aktiviti

Pusat Internet Lenggong telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang bertujuan untuk memberi peluang dan kemudahan kepada komuniti Lenggong menghadiri kursus wajib ini di kawasan Lenggong. Kursus ini secara amnya memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kursus ini  melibatkan 22 orang peserta. Tenaga pengajar jemputan adalah daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan SIKAP INTAN Teluk Intan Perak iaitu Encik Muhammad Faez Bin Nor Azlan dan Encik Muhammad Farhan Azizi Bin Simasadi.

 

Gambar Aktiviti DISINI