Tarikh

: 30 Mei 2019

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 21 orang

 

 

Tujuan

Sebagai tanda sokongan kempen World Quran Hour disamping dapat menggalakkan komuniti setempat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan.

 

Aktiviti

Program bermula pada jam 10.00 pagi. Dimulakan dengan bacaan surah Al—Fatihah dan Al-Baqarah dari ayat satu sehingga lima. Kemudian majlis diteruskan dengan tadabbur dan tazakkur surah Al-Kahfi yang menceritakan tentang 4 kisah yangmemberi pengajaran kepada kehidupan manusia.Antara kisahnya adalah tentang Penghuni Gua ( Ashabul Kahfi) , Kisah Sang Miskin Dan Sang Kaya, Kisah Nabi Musa dan Al- Khidir serta Kisah pengembara Zulkarnain. Program ini telah disertai seramai 21 orang dan dipimpin oleh Ustaz Muhamad Azhar Bin Ahmad Tarmizi dari Pejabat pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong. Semoga program begini akan diteruskan dimasa akan datang.

 

Gambar Aktiviti DISINI