Tarikh

: 20 Ogos 2019

Masa

: 7.00 Pagi – 1.15 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 107 Orang

 

 

Tujuan

   1. Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan

   2. Eratkan kerjasama PI dengan Komuniti , Agensi, MPKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat

   3. Mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

   4. Memberi taklimat kesedaran Klik Dengan Bijak .

   5. Menerangkan & mempromosikan dashboard komuniti & aplikasi dashboard komuniti

 

Aktiviti

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong   dengan kerjasama pihak Klinik Kesihatan Lenggong dan Klinik Pergigian Lenggong serta dihadiri oleh Kelab Warga Emas Lenggong, Kelab Rukun Tetangga Pekan Lenggong serta ahli Pusat Internet Lenggong. Program ini turut dihadiri oleh Encik Adzahar Bin Mohd Yunus (Penghulu Mukim Lenggong), En Shamsudin Bin Ismail ( Pengerusi MPKK Kampung Lenggong) , En Mohd Anas Bin Hussin ( Pengerusi KRT Pekan Lenggong),Pn Zaidah Binti Jahidin (Pengerusi Kelab Warga Emas Lenggong) dan En Mohd Razli Bin Ahmad (Pengerusi Pusat Internet Lenggong).

 

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Pemeriksaan Kesihatan,Pemeriksaan Gigi,Pameran Kesihatan Gigi Kuiz Online Triventy berdasarkan kempen hidup sihat dan Klik Dengan Bijak,  Pertandingan mewarna untuk warga emas ,  melabel  lokasi  pusat pemeriksaan dan penjagaan kesihatan seperti klinik, farmasi , pembekal ubat atau barangan kesihatan melalui My Place, Mengarang artikel  dan di muat naik ke My Komuniti, Ceramah kesihatan berkenaan Penjagaan Gigi Dan Kanser Mulut yang disampaikan oleh Puan Nur Shafina Binti Zainuddin (Doktor Gigi Dari Klinik Pergigian Lenggong) dan aktivii fizikal 5000 langkah.

 

Hadiah pertandingan pula telah disampaikan oleh Encik Adzahar Bin Mohd Yunus iaitu Penghulu Mukim Lenggong. Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang telah disediakan oleh Pusat Internet Lenggong.

 

Gambar Aktiviti DISINI