Tarikh |
: 17 April 2020 |
Masa |
: 8.00 Malam – 12.00 Malam |
Lokasi |
: Kediaman Peserta |
Peserta |
: 29 Orang |
Tujuan
Mengisi masa lapang komuniti Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 dengan aktiviti kuiz santai.
Aktiviti
Pertandingan teka silang kata ini diadakan pada pukul 8:00 malam sehingga 12:00 malam. Peserta perlu menghantar jawapan melalui aplikasi Whatsapp kepada petugas dalam masa tiga jam. Pemenang dipilih secara rawak. Jumlah peserta yang terlibat dalam pertandingan ini adalah 29 orang.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 15 April 2020 |
Masa |
: 8.00 Malam – 9.00 Malam |
Lokasi |
: Kediaman Peserta |
Peserta |
: 16 Orang |
Tujuan
Mengisi masa lapang komuniti Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 dengan aktiviti kuiz santai.
Aktiviti
Pertandingan kuiz sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 menggunakan format yang sama seperti pertandingan kuiz semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2. Kuiz bermula pada pukul 8:00 malam sehingga 9:00 malam. Peserta diberikan soalan pengetahuan am melalui aplikasi Whatsapp dan perlu menghantar semula jawapan kepada petugas dalam masa satu jam. Pemenang dipilih berdasarkan kepantasan masa dan jawapan yang betul. Jumlah peserta yang terlibat dalam pertandingan ini adalah 16 orang.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 13 Mac 2020 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 19 Orang |
Tujuan
Memohon perlindungan dan pencegahan daripada wabak Covid-19
Aktiviti
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini diadakan serentak bersama semua Pusat Internet negeri Perak yang diketuai oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Perak menggunakan aplikasi GoToMeeting. Seramai 19 orang komuniti Lenggong telah hadir pada majlis ini.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 2 – 4 April 2020 |
Masa |
: 8.00 Malam – 9.00 Malam |
Lokasi |
: Kediaman Peserta (Online) |
Peserta |
: 38 Orang |
Tujuan
Mengisi masa lapang komuniti Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan aktiviti kuiz santai.
Aktiviti
Pertandingan kuiz sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2 ini diadakan selama 3 hari bermula pada pukul 8:00 malam sehingga 9:00 malam. Peserta diberikan soalan pengetahuan am melalui aplikasi Whatsapp dan perlu menghantar semula jawapan kepada petugas dalam masa satu jam. Pemenang dipilih berdasarkan kepantasan masa dan jawapan yang betul. Jumlah peserta yang terlibat dalam pertandingan ini adalah 38 orang.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 12 Mac 2020 |
Masa |
: 8.30 Pagi – 11.30 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 15 Orang |
Tujuan
Pendedahan penggunaan Sistem Simpeni dan pendaftaran UPKK SRAR kepada guru-guru data KAFA daerah Lenggong.
Aktiviti
Seramai 15 orang guru-guru data KAFA daerah Lenggong terlibat dalam bengkel ini. Tenaga pengajar adalah daripada Jabatan Agama Islam Perak. Peserta diajar cara-cara untuk memasukkan data pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPKK bagi tahun 2020.
Gambar Aktiviti Disini