Tarikh |
: 05 Mac 2020 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: MRSM Lenggong |
Peserta |
: 620 Orang |
Tujuan
Memberi taklimat kesedaran kepada pelajar tentang maklumat palsu, buli siber, reputasi digital, netiquette dan Check Your Label.
Aktiviti
Seramai 620 orang pelajar MRSM Lenggong terlibat dalam program ini. Para pelajar diberi taklimat Klik Dengan Bijak yang memfokuskan pada modul berkenaan maklumat palsu, buli siber, reputasi digital dan netiquette. Pelajar juga turut didedahkan dengan kempen Check Your Label. Program ini juga diselitkan dengan kuiz dan aktiviti yang berkaitan.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 21 Febuari 2020 |
Masa |
: 7.00 Pagi – 9.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 12 Orang |
Tujuan
Melahirkan komuniti yang aktif dan cergas dan mengeratkan silaturahim di antara petugas Pusat Internet Lenggong dan komuniti.
Aktiviti
Program dimulakan dengan aktiviti ‘Jom 5000 Langkah’, berjalan santai bermula daripada Pusat Internet Lenggong sehingga ke Kampung Teluk Batu dan kembali semula ke Pusat Internet Lenggong. Seterusnya kembali ke Pusat Internet Lenggong dan bersarapan pagi.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 13 Febuari 2020 |
Masa |
: 3.00 Petang – 6.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Menambah kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Excel.
Aktiviti
Seramai 8 orang petugas Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah Zon Lenggong telah terlibat dalam program ini. Peserta telah diajar tentang penggunaan Autofill, Formula dan cara print sijil mudah dan pantas menggunakan teknik mail merge.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 14 Febuari 2020 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 17 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan komputer kepada pelajar tadika dengan cara yang lebih santai mengikut tema yang ditetapkan oleh guru.
Aktiviti
Seramai 17 orang pelajar Tadika Islam Lenggong telah terlibat dalam program kali ini. Tema pada kali ini adalah “Keluarga Saya”. Aktiviti utama yang dijalankan adalah mewarna gambar bertemakan “Keluarga Saya” menggunakan aplikasi Paint. Aktiviti sampingan yang turut dijalankan adalah pembelajaran matematik atas talian menggunakan laman web mathgames.com.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 09 Febuari 2020 |
Masa |
: 7.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Teratak Kapten Rosli |
Peserta |
: 80 Orang |
Tujuan
Memurnikan dan melestarikan keharmonian pelbagai kaum utama di Malaysia dengan melibatkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
Aktiviti
Pusat Internet Lenggong telah memenuhi jemputan untuk membuka booth sempena Program Perak Kembali Gemilang @ Lenggong di Teratak Kapten Rosli, Lenggong. Pusat Internet Lenggong mengambil peluang ini untuk memperkenalkan peranan dan perkhidmatan yang disediakan kepada penduduk Lenggong. Aktiviti sampingan yang turut dijalankan adalah kuiz ICT dan Klik Dengan Bijak. Antara booth agensi yang turut serta dalam program ini adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat Malaysia, MARA dan Jabatan Pertanian. Terdapat juga gerai jualan daripada usahawan Lenggong. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Hasnul Zulkarnain (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO Negeri Perak).
Gambar Aktiviti Disini