Tarikh

: 7 Oktober 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 15 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan komputer kepada pelajar tabika dengan cara yang lebih santai mengikut tema yang ditetapkan oleh guru.

 

Aktiviti

Seramai 15 orang pelajar Tabika Kemas Kampung Gelok telah terlibat dalam program kali ini. Tema pada kali ini ialah Alam Sekitar. Aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan kuiz atas talian menggunakan laman web Triventy.com dan mewarna atas talian menggunakan laman web thecolor.com.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 04 Oktober 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 1 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan Microsoft Word dan menambah ilmu pengetahuan kepada warga emas.

 

Aktiviti

Kelas Microsoft Word ini telah dihadiri oleh seorang warga emas yang merupakan pesara kerajaan dan AJK Kelab Warga Emas Lenggong. Peserta telah diajar cara-cara untuk membuat surat rasmi. Melalui kelas ini peserta dapat belajar fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam Microsoft Word.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 27 September 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 4 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan Microsoft Power Point dan menambah ilmu pengetahuan kepada warga emas.

 

Aktiviti

Kelas Microsoft Power Point ini telah dihadiri oleh 4 orang warga emas. Peserta telah diajar cara-cara untuk membuat pembentangan yang bertajuk “Diri Saya”. Kemudian peserta diajar cara-cara menggunakan animasi untuk menjadikan pembentangan lebih menarik.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 28 September 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 9 Orang

 

 

Tujuan

Memberi peluang kepada usahawan Lenggong mempelajari cara-cara menggunakan platform e-dagang untuk menjual produk.

 

Aktiviti

Bengkel ini disertai oleh 9 orang usahawan Lenggong dan telah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Tenaga pengajar adalah pensyarah daripada Kolej Komuniti Gerik iaitu Puan Hazila Binti Shaharuddin. Peserta telah diajar cara-cara mendaftar akaun Shopee, setting akaun, muatnaik produk, free shipping program, pesanan, return / refund / cancel, shop categories, shop catalog dan shopee marketing centre.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 09 September 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 13 Orang

 

 

Tujuan

Bekerjasama bersama Sekolah Kebangsaan Luat untuk mengadakan taklimat penggunaan “Google Classroom” kepada semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Luat Lenggong.

 

Aktiviti

Pusat Internet Lenggong telah mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada Sekolah Kebangsaan Luat Lenggong yang mempunyai akses internet  kurang memuaskan untuk menggunakan kemudahan PC dan internet bagi urusan taklimat dan tutorial penggunaan Google Classroom. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang dan sampaikan oleh penceramah jemputan daripada Sekolah Kebangsan RPS Banun iaitu Encik Muhammad Syafiq Izzat Bin Muhammad dan Puan Hamidah Binti Mohammad.

 

Gambar Aktiviti DISINI