Tarikh |
: 19 September 2019 |
Masa |
: 8.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 18 Orang |
Tujuan
Pengisian program ICT untuk pelajar Tahun 6 .
Aktiviti
Program ini disertai oleh 18 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Balai Lenggong. Peserta dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan sesi kedua bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Peserta diajar cara-cara mereka cipta poster “Hari Malaysia” menggunakan Adobe Photoshop. Melalui penghasilan poster ini, peserta dapat belajar pelbagai jenis tools seperti text, gradient, eraser dan shape. Selepas selesai penghasilan poster, pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak telah dijalankan bermula pada pukul 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 13 September 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 2 Orang |
Tujuan
Menambah kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Excel.
Aktiviti
Peserta yang terdiri daripada 2 orang petugas PDK Lenggong telah hadir untuk mempelajari Microsoft Excel di Pusat Internet Lenggong. Peserta telah diajar tentang penggunaan Autofill,Formula, Daily Expense,Data Entry,Vlookup dan Graph. Setelah itu, peserta telah diberi latihan supaya peserta lebih memahami penggunaan excel tersebut.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 23 Ogos 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 14 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan komputer kepada pelajar tabika dengan cara yang lebih santai mengikut tema yang ditetapkan oleh guru.
Aktiviti
Seramai 14 orang pelajar Tadika Islam Lenggong telah terlibat dalam program kali ini. Tema pada kali ini ialah Merdeka. Pelajar mewarna bendera Malaysia menggunakan paint. Diakhir program, para pelajar menyanyikan lagu kemerdekaan sambil mengibarkan bendera Malaysia.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 30 Ogos 2019 |
Masa |
: 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 30 Orang |
Tujuan
Menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal.
Aktiviti
Seramai 30 orang komuniti setempat hadir ke program ini.Program Malaysia Quran Hour ini diadakan serentak di seluruh Malaysia dan PI Lenggong menyahut seruan kempen ini untuk menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal.Surah pilihan pada kali ini adalah Al Kahfi.
Ustaz jemputan yang mengetuai program ini adalah Ustaz Muhamad Azhar Bin Ahmad Tarmizi daripada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik. Ustaz jemputan akan membaca ayat Al Quran kemudian peserta akan mengikutinya.Selepas selesai Ustaz jemputan akan tadabbur ayat-ayat tersebut.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 22 Ogos 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan komputer kepada pelajar tabika dengan cara yang lebih santai mengikut tema yang ditetapkan oleh guru.
Aktiviti
Seramai 10 orang pelajar Tabika Kemas RPA Gua Badak telah terlibat dalam program kali ini. Tema pada kali ini ialah Merdeka. Pelajar mewarna bendera Malaysia menggunakan paint. Diakhir program, para pelajar menyanyikan lagu kemerdekaan sambil mengibarkan bendera Malaysia.
Gambar Aktiviti DISINI