Tarikh

: 13 Mei 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 9 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan dan galakan kepada Warga Emas Lenggong menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Para peserta diberi peluang menggunakan komputer dengan menyertai kuiz diatas talian iaitu Triventy. Kuiz ini lebih tertumpu kepada soalan berkaitan komputer,internet dan pengetahuan am.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 10 Mei 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 12 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 17 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 17 orang pelajar Tadika Islam Lenggong bersama 2 orang guru pengiring telah hadir ke Pi Lenggong untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cilik ini menggunakan komputer. Tema pembelajaran pada kali ini ialah Haiwan. Para pelajar perlu memilih pilihan jawapan yang betul berpandukan gambar yang tertera. Laman web pembelajaran yang digunakan ialah www.quizalize.com.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 29 April 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 35 Orang

 

 

Tujuan

Meningkatkan persediaan ilmu dalam menghadapi Ramadhan dengan lebih baik dan sebagai persiapan awal untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

 

Aktiviti

Program ini dianjurkan oleh PI Lenggong dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Lenggong dan dihadiri oleh 35 orang peserta.Ustaz jemputan untuk program ini adalah Ustaz Muhamad Azhar Bin Ahmad Tarmizi dari Pejabat Agama Islam Daerah Lenggong.

Program dimulakan dengan sarapan pagi dan diikuti dengan ceramah daripada ustaz jemputan.Diakhir program peserta diberi peluang untuk bertanya soalan kepada ustaz jemputan.

                                                                                             

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 10 Mei 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 4 Orang

 

 

Tujuan

Membantu ahli Pusat Internet Lenggong yang tidak mempunyai capaian internet untuk menjawab peperiksaan online SPA.

 

Aktiviti 

Empat orang ahli Pusat Internet yang layak menduduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tidak mempunyai capaian internet di rumah mereka telah  menggunakan Pusat Internet untuk menyelesaikan peperiksaan mereka. Peperiksaan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi

                                                                                             

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 25 April 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: Pelajar Tadika Kemas Gelok

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan penggunaan komputer kepada pelajar Tadika Kemas Gelok

 

Aktiviti

Seramai 13 orang pelajar diiringi oleh 2 orang guru telah hadir ke Pusat Internet Lenggong untuk menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Para pelajar telah diberi soalan-soalan matematik berbentuk gambar dan perlu mengisi ruang jawapan dengan jumlah gambar yang ditunjukkan menggunakan laman web www.mathgames.com. Kemudian pelajar membuat latihan mewarna secara atas talian menggunakan laman web www.thecolor.com.

 

Gambar Aktiviti DISINI