Selamat datang ke portal rasmi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Lenggong.

Pusat Ekonomi Digital  merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.

Objektif penubuhan Pusat Ekonomi Digital  adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan jalur Lebar Kebangsaan dengan memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Selain itu, penubuhan Pusat Ekonomi Digital  adalah untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Menyedari jurang perbezaan itu,  Pusat Ekonomi Digital  berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet agar masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital.

Pusat Ekonomi Digital  Pekan Lenggong telah beroperasi sejak Januari 2010 dan kini masih lagi utuh berdiri demi membawa komuniti setempat untuk mengenali dunia internet dan informasi tanpa sempadan. Warga komuniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengunjungi Pusat Ekonomi Digital  dan menggunakan kemudahan yang telah disediakan.

Pusat Ekonomi Digital  Pekan Lenggong menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Pekan Lenggong. Selain itu,Pusat Ekonomi Digital Pekan Lenggong juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar,printing,scanning,fotostat,laminate,binding dan zon internet tanpa wayar. Pusat Ekonomi Digital Pekan Lenggong turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran),desktop publishing ( Microsoft office) dan sebagainya.

Selain itu, pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti pembayaran bil-bil semasa melalui online, melakukan urusan jual beli secara atas talian,mendapatkan pelbagai maklumat am, mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian serta menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan.

 

PETUGAS

Nurul Shuhada Binti Mohd Anas (PENGURUS)
Rohida Binti Ahmad Rashidi (PENOLONG PENGURUS)

 

ALAMAT

Pusat Internet Pekan Lenggong
A107,Jalan Besar
33400 Lenggong
Perak

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Ditutup pada Hari Cuti Kelepasaan Am)

 

REHAT

1.00 Petang - 2.00 Petang (Sabtu - Khamis)

12.30 Tengahri - 2.30 Petang (Jumaat)

 

HUBUNGI

Nurul Shuhada ( 012 523 4649 )

Rohida ( 016 455 5905 )

 

WEBSITE

http://lenggong.pjk.com.my

 

EMEL

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.