Program         : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Lenggong

Tarikh             : 11 Januari 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar Tahun 5 SK Lenggong

 

Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama pelajar sekolah. Oleh itu, Pi Lenggong mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Kahoot! dan menjemput seramai 31 orang pelajar tahun 5 SK Lenggong  bagi menyertai kuiz ini.Kuiz interaktif berunsurkan pertandingan ini sangat menyeronokkan dan semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas jawapan serta merta sama ada betul atau pun salah.Selain itu ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta. Peserta menjawab setiap soalan secara berkumpulan dan ini telah menambahkan keseronokan untuk pelajar bermain kuiz ini. Semua soalan kuiz direka berpandukan tahap pendidikan mereka. Selesai pertandingan Kahoot! pelajar didedahkan pula dengan taklimat penggunaan internet dengan betul iaitu Klik Dengan Bijak.

 

  

  

 


Program         : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Bukit Balai

Tarikh             : 12 Januari 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar SK Bukit Balai

 

Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama pelajar sekolah. Oleh itu, Pi Lenggong mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Kahoot! dan menjemput seramai 10 orang pelajar tahun 5 dan 6 Sk Bukit Balai bagi menyertai kuiz ini.Kuiz interaktif berunsurkan pertandingan ini sangat menyeronokkan dan semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas jawapan serta merta sama ada betul atau pun salah.Selain itu ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.

 

    

                                          

 


Program         : Program Klik Dengan Bijak Bersama Pelatih Giat MARA Lenggong

Tarikh             : 20 Januari 2017

Tempat           : Giat MARA Lenggong

Pihak Terlibat : Pelatih Giat MARA Lenggong, Pi Lenggong, Pi Kg Raban

 

Program Klik Dengan Bijak ini melibatkan 42 orang Pelatih Giat MARA Lenggong. Tujuan diadakan Program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Program ini dijalankan oleh Pi Lenggong bersama Pi Kg Raban. Pelatih telah diberi taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet dan jenayah siber. Program ini juga turut diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan KDB bagi menguji pengetahuan para pelatih.

 

 

 


Program         : Kelas Bersama Warga Emas

Tarikh             : 21 & 22 Januari 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : 5 Orang Warga Emas

 

Seramai 5 orang warga emas mengisi masa dengan mengikuti kelas microsoft office word dan internet ( emel dan youtube ). Mereka di ajar cara menggunaakan youtube dan mendaftar emel. Kelas telah dijalankan selama 2 hari bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

 

  

 

 


Program         : Adobe Photoshop (Mereka Cipta Poster)

Tarikh             : 24 Januari 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar SK Lenggong

 

Kelas asas Adobe Photoshop ini telah disertai seramai 10 orang pelajar tahun 6 Sek Keb Lenggong di bawah kelolaan Cikgu Shar Mizan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas grafik kepada pelajar sekolah rendah. Mereka dikehendaki membuat satu poster menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam adobe photoshop dengan tunjuk ajar daripada petugas Pi Lenggong.