Nur Lembah Lenggong merupakan sebuah perkampungan latihan dan reakreasi di Selat Pagar, Padang Grus Lenggong . Ia terletak di tebing Sungai Perak dengan dikelilingi ladang kelapa sawit kira-kira 500 meter dari jalanraya utama Kuala Kangsar – Gerik iaitu 10 km daripada pekan Lenggong. Kem ini menyediakan kemudahan Tapak Perkhemahan, Dorm, Semi Dorm dan Chalet untuk pelanggan mengadakan program motivasi seperti kursus jati diri, kepimpinan, team building dan sebagainya. Seramai lebih kurang 300 peserta boleh ditempatkan untuk sesuatu program.

 

 

Kem ini telah beroperasi sejak tahun 2003 yang diuruskan oleh Era Mewah Sdn Bhd dan mulai tahun 2013 kem ini telah bertukar milik kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad yang beralamat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti riadah ditawarkan antaranya Flying Fox, Obstcale, Management Games, explorace, Night Walk, River Crosing, Ekspedisi Berakit Sg Perak, Ekspedisi Gua Batu Kapur, Jungle Tracking Alam Semulajadi, Abselling, Jungle Survival dan sebagainya. Kem ini turut mempunyai sebuah jambatan gantung merentasi sungai perak sepanjang 300 kaki .

 

 

Pada tahun 2014, kem ini telah diiktiraf sebagai salah satu destinasi Perak Hub Of Team Building yang dilancarkan oleh Exco Perlancongan, Kebudayaan dan Kesihatan Negeri Perak pada 5 September 2015 di Ipoh Parade sempena Matta Fair Perak.Sekiranya berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti di Kem Nur Lembah Lenggong ini bolehlah menghubungi En Roslan di talian 012 8400403. Pelbagai pakej menarik disediakan demi kepuasan anda.

 

 

 

Sumber : http://www.kpatb.com.my/nur-lembah-lenggong-resort/


Terletak di Pinggir Tasik Chendroh,Kampung Klantan , Lenggong, Perak. Menyediakan penginapan berkonsepkan tradisional melayu dimana semua rumah yang terdapat disitu diperbuat daripada kayu. Turut menyediakan menu tradisional. Menariknya disini, pemilik Suka-suka Lake Retreat akan memberi pengalaman yang lain dari yang lain. Pengunjung dapat merasai suasana kampung yang sebenar. Kebanyakan pengunjung yang datang  kesini terdiri daripada pengunjung luar negara seperti Australia, Kanada, Jerman, Jepun dan sebagainya.

Suka-suka Lake Retreat menyediakan rumah penginapan iaitu Rumah Pak Long, Rumah Mak Ngah, Rumah Tok Ki, Rumah Anjang ,Rumah Kutai dan Rumah Kak Chik. Selain itu terdapat sebuah rumah yang dikenali sebagai Rumah Mak Limah merupakan rumah untuk semua tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Sewaan kayak, sewaan bot, berjalan mengelilingi kampung berhampiran, memancing dan pakej BBQ turut tersedia.

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi pemilik Suka-suka Lake Retrade iaitu En Abdul Aziz dan Puan Asiah di talian +60135251177 , +011 32732595 atau melalui facebook https://www.facebook.com/pg/SukaSukaLakeRetreat

  

  

  

 


                                          
 
Highland Village Kuak terletak di Kampung Lata Papan Kuak, Lenggong, Perak. Ia mula  dibuka pada tahun 2016 dan  merupakan salah satu destinasi menarik yang harus dikunjugi. Terdapat chalet untuk bermalam dan kolam mandi yang dibuka kepada pengunjung. Untuk lebih mencabar, pengunjung boleh berjalan kaki melalui laluan kebun untuk sampai ke Highland Village Kuak. Semestinya satu pengalaman menarik yang anda akan perolehi. Segala kepenatan akan dibalas dengan satu pemandangan yang indah serta udara yang sangat menyegarkan. 
 
  
 

 

                                   

Laman Budaya Lenggong merupakan satu lagi tarikan perlancongan di Daerah Lenggong. Laman Budaya Lenggong di bina bagi memudahkan pelbagai pihak untuk melakukan aktiviti bersama penduduk sekitar Lenggong. Pelbagai aktiviti telah dilakukan di Laman Budaya ini antaranya Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh Lebaga Penduduk  dan Pembangunan Keluarga Negeri Perak, Pesta Permainan Tradisional Kanak-kanak dan Pelancaran Buku Siri Panduan Permainan Kanak-Kanak, Sambutan Majlis Berendoi dan pelbagai program lagi. Laman Budaya mempunyai sebuah rumah tradisional sebagai tarikan pelancong, sebuah dewan terbuka dan mempunyai laman yang luas bagi memudahkan pelbagai program dijalankan.

                            

 


  

 

Terletak Kira-kira 12km dari pekan Lenggong, Resort Tasek Raban telah memulakan operasi pada bulan April 2004 dan diuruskan oleh Majlis Daerah Lenggong. Keindahan alam semulajadi yang menawan sentiasa menggamit anda datang kemari.Resort  Tasik Raban menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik berhawa dingin, aktiviti bersukan,aktiviti memanah dan bagi mereka yang gemar memancing juga  boleh memancing di sekitar  resort ini. 

 

  

 

Sumber : www.mdlg.gov.my