Lenggong merupakan salah satu daerah kecil yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Ianya terletak kira–kira 100 kilometer dari pekan Ipoh dan berada di tengah–tengah diantara Pekan Kuala Kangsar dan Gerik. Berdasarkan fakta sejarah, tempat ini dipercayai telah dihuni sejak sekian lama dan merupakan salah satu penempatan tertua di Asia Tenggara.
Kawasan persekitaran yang kaya dengan sumber asas menjadikan Lenggong sesuai untuk perkembangan tamadun. Secara geografi, di Hulu Lenggong terdapat gua-gua yang dipercayai tempat tinggal manusia paleolitik. Manakala di tengah dan di hilir daerah ini, terdapat kawasan perairan seperti sungai, air terjun dan tasik.
Dengan wujudnya bukti-bukti penempatan manusia sejak zaman Paleolitik telah melayakkan Lenggong di wartakan sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2 Julai 2012.. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
80% daripada daerah ini merupakan kawasan kampung, namun begitu, pekan Lenggong menjadi pusat untuk semua urusan kerajaan dan pentadbiran daerah.
Pentadbiran di Lenggong.
Parlimen |
P055 – Lenggong |
Ahli Parlimen |
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah |
DUN (1) |
N03 – Kenering |
ADUN (1) |
Dato' Haji Mohd Tarmizi Bin Haji Idris |
DUN (2) |
N04 – Kota Tampan |
ADUN (2) |
Dato' Seri Haji Saarani Bin Mohamad |
Ketua Penolong Pegawai Daerah |
Ahmad Suqairy Bin Alias |
Penghulu Mukim Lenggong |
Noor Adzahar Bin Mohd Yunus |
Ketua Kampung /Pengurusi MPKK |
Shamsudin Bin Ismail |
sumber: www.mdlg.gov.my