Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
1. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
2. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
3. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
4. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
5. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Klinik Kesihatan Lenggong
Klinik Kesihatan Lenggong yang terletak 2km dari Pekan Lenggong merupakan sebuah klinik tumpuan ramai bagi penduduk di sekitar Lenggong.
Klinik Swasta
Selain mempunyai Klinik Kesihatan, Lenggong juga mempunyai beberapa buah klinik swasta. Antaranya;
Klinik O.K Ong
Klinik ini dikendalikan oleh seorang doktor iaitu Dato' Dr Ong Keh Ong dan dibantu oleh 3 orang petugas. Ia terletak di No 25, Jalan Besar, 33400 lenggong,Perak. Waktu operasinya pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.