Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe) mula beroperasi pada 3 Januari 2012 dengan hanya 22 orang pelajar perintis pada permulaannya dan terus bertambah setiap tahun. Sekolah ini di tadbir oleh En Faiz Bin Muhammad Rafaai selaku Pengetua dan dibantu oleh 28 staf.

Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang berteraskan tahfizul Quran. Sekiranya berminat untuk mengetahui tentang Sekolah ini bolehlah hubungi pihak sekolah di alamat Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong, Kampung Lenggong, 33400 Lenggong,Perak atau di talian 05- 7676523.

 


Pendidikan penting di dalam pembangunan masyarakat setempat. Justeru itu, Pekan Lenggong telah menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk penduduk Lenggong, Hampir di setiap kampung di daerah Lenggong ini mempunyai sekolah. Di sekitar pekan Lenggong mempunyai 3 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah iaitu Sekolah kebangsaan Lenggong, Sekolah Kebangsaan Bukit Balai, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yeong Hwa, Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad. 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad  Lenggong merupakan antara sekolah tertua di Lenggong. Sekolah ini wujud sejak tahun 1957. Sekolah ini mempunyai asrama bagi kemudahan pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan dan sukar untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam seperti kawasan-kawasan pedalaman. 

 


Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz

 

 

SMK Tan Sri Badul Aziz mula dibina pada 15 Oktober 1978 dan siap pada 30 Julai 1980. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Baru Lenggong dan telah ditukar kepada nama SMK Tan Sri Abdul Aziz pada 9 Oktober 1993. Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 1998. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YAb Dato Khalil Yaakob DSAP, SMP, JSM pada 7 April 1984.

 

sumber: http://smktsaa.blogspot.my/