Lenggong merupakan salah satu daerah kecil yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Ianya terletak kira–kira 100 kilometer dari pekan Ipoh dan berada di tengah–tengah diantara Pekan Kuala Kangsar dan Gerik. Berdasarkan fakta sejarah, tempat ini dipercayai telah dihuni sejak sekian lama dan merupakan salah satu penempatan tertua di Asia Tenggara.

 

Kawasan persekitaran yang kaya dengan sumber asas menjadikan Lenggong sesuai untuk perkembangan tamadun. Secara geografi, di Hulu Lenggong terdapat gua-gua yang dipercayai tempat tinggal manusia paleolitik. Manakala di tengah dan di hilir daerah ini, terdapat kawasan perairan seperti sungai, air terjun dan tasik.

 

Dengan wujudnya bukti-bukti penempatan manusia sejak zaman Paleolitik telah melayakkan Lenggong di wartakan sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2 Julai 2012.. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.

 

Pekan Lenggong mempunyai 2882 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai 195 buah rumah. 80% daripada daerah ini merupakan kawasan kampung, namun begitu, pekan Lenggong menjadi pusat untuk semua urusan kerajaan dan pentadbiran daerah. 

 

Pentadbiran di Lenggong.

Parlimen

P055 – Lenggong

Ahli Parlimen

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

DUN (1)

N03 – Kenering

ADUN (1)

Yb Ustaz Husairi Bin Ariffin

DUN (2)

N04 – Kota Tampan

ADUN (2)

Dato' Seri Haji Saarani Bin Mohamad

Ketua Penolong Pegawai Daerah

En Mohd Noor Azam Bin Ismail

Penghulu Mukim Lenggong

En Abdul Aziz Bin Ahmad

Ketua Kampung /Pengurusi MPKK

En Abdul Harani Bin Harun

 

 

 sumber: www.mdlg.gov.my  & Pejabat Penghulu Mukim Lenggong