Di kawasan Lenggong terdapat beberapa kawasan yang menjalankan penternakan rusa secara berkelompok. Salah satu daripadanya adalah Padang Ragut Sungai Soh (A) di Kampung Bukit Sapi. Padang Ragut ini  mempunyai  keluasan  140 ekar yang dibahagikan kepada 13 bahagian. Setakat ini,Padang Ragut Sungai Soh (A) mempunyai 480 ekor rusa. 

Padang ragut ini merupakan projek perintis yang telah diusahakan hampir 15 tahun dahulu namun masih kekal sehingga kini dengan pengurusan baru oleh generasi kedua. Sebilangan besar pengusaha ternakan rusa ini terdiri daripada golongan Belia. Selain menjual daging rusa yang segar, pengunjung padang ragut ini berpeluang melihat  rusa dari jarak yang dekat. Sekiranya berminat untuk mendapatkan daging rusa yang segar boleh menghubungi En Muhamad Wafi Bin Mohamad Nonudin 012 432 2239. 

  

 


                                           

Kemboja Rimba Beauty diusahakan oleh Pn Fazila Binti Mat Yusof. Minat yang mendalam dalam bidang kecantikan telah mendorong ibu kepada 5 orang anak ini untuk mempelajari ilmu kecantikan seperti facial dan spa, lukisan inai dan solekan. Selain mengikuti kelas asas secara persendirian, Pn fazila turut meluangkan masa mempelajari ilmu solekan dan inai melalui internet seperti youtube. Kini, Pn Fazila telah berjaya membuka pusat rawatan kecantikan sendiri di rumahnya. Tempahan solekan dan lukisan inai juga telah banyak diterima tidak kira untuk apa jua majlis. 

                 

 


 

                                              

Burger Vangers diusahakan oleh seorang anak muda bernama Mohd Firdaus Bin Yusof di halaman rumahnya di Taman Bukit Senyum,Lenggong. Mempunyai pelbagai pilihan burger yang memenuhi citarasa anda terutama Burger Banjir yang mula mendapat perhatian ramai. Burger Vangers mula beroperasi pada tahun 2015. Setelah setahun beroperasi, Burger Vangers telah memiliki stall sendiri. Perkhidmatan penghantaran tempahan terus kerumah pelanggan juga membuatkan Burger Vangers mudah mendapat perhatian ramai. 

 

                                                               Burger Banjir

 


                 

Top Adventure Camp Tasik Raban diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu En Khairul Badri Bin Mohamed dan Nurulizati Binti Abdul Rahim. Perniagaan ini telah diusahakan sejak tahun 2001 lagi. Top Adventure Camp terletak di Tasik Raban Lenggong.Pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya sewaan bot pelancong, sewaan bot memancing, sewaan kayak,sewaan basikal, penginapan,mendaki bukit dan gunung dan memasuki gua. Sekiranya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Top Adventure Camp Tasik Raban ini bolehlah menghubungi di talian 017 5353936 atau 01305399539.

  


  

       

 

Rapiah Binti Hasan atau lebih dikenali sebagai kak peah merupakan usahawan tempatan yang telah menghasilkan biskut . Biskut yang paling mendapat perhatian ialah biskut semperit, biskut kusai dan biskut mazola. Dengan menggunakan resepi asli turun temurun telah membuatkan rasa biskut-biskut tersebut lebih enak dan mendapat permintaan ramai. Lebih membanggakan usaha kak peah untuk mengenengahkan biskut warisan ini, beliau telah berjaya mendapat beberapa anugerah seprerti Anugerah Transformasi Komuniti U-Pustaka 2012 dan Anugerah Usahawan Jalur Lebar Cemerlang 2013. Semoga dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti jemu akan memberi kejayaan kepada kak peah.

 

 


SAPI COFFEE

 

SINGGAH DULU....BARU TAU

TERANGKAT HABIS!!!

Itulah "Trademark" yang mula meniti di bibir masayarakat tempatan. Ungkapan yang telah memperkenalkan Sapi Coffee di Lenggong. Sapi Coffee diusahakan oleh Puan Amira Azlin Binti Malik Fisol yang berasal dari Kampung Bukit Sapi,Lenggong, Perak. Pelbagai perasa minuman boleh didapati di Sapi Coffee yang memenuhi selera anda.