KESELAMATAN

Keselamatan penting bagi menjaga keamanan setempat. Justeru itu, pasukan keselamatan memainkan peranan penting bagi memastikan keamanan itu sentiasa terjaga. Terdapat Balai Polis dan Balai Bomba di Pekan Lenggong sebagai pusat utama keselamatan. Selain itu, Pasukan RELA turut diwujudkan bagi membantu keselamatan di daerah lenggong dalam keadaan terkawal dan aman sentosa.

 

Balai Polis Lenggong

    

 

Balai Polis Lenggong merupakan pusat operasi pegawai polis dan kakitangan yang lain . Ia beroperasi 24 jam sehari merupakan tempat aduan masyarakat sekiranya berlaku sebarang kegiatan jenayah di sekitar Lenggong. Balai Polis Lenggong mempunyai pejabat, tempat penginapan,bilik soal siasat,lokap dan kenderaan. Sekiranya berlaku sebarang kegiatan jenayah,penduduk boleh melaporkan dengan hadir ke balai polis tersebut di alamat Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong,Perak atau menghubungi pegawai yang bertugas di talian 05-7677222.

 


Balai Bomba Dan Penyelamat Lenggong

 

Balai Bomba Dan Penyelamat Lenggong terletak di Jalan Alang Iskandar berhampiran dengan Balai Polis Lenggong juga mempunyai tugas yang sama seperti badan keselamatan yang lain. Namun begitu ia lebih fokus kepada khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran. Selain masalah kebakaran,pihak Bomba Dan Penyelamat turut melaksanakan khidmat kemanusiaan seperti perlindungan nyawa dan harta benda sekiranya berlaku sabarang kemalangan dan bencana. Turut beroperasi 24 jam sehari. Sebarang permasalahan boleh menghubungi Balai Bomba Dan Penyelamat di talian 05-7677444.

 


Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Januari 1972 di bawah seksyen 2 Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat) Pindaan 2005. Tujuan Penubuhannya adalah bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan, keamanan,kesejahteraan,keharmonian,kesatuan dan perpaduan rakyat.

Seiring dengan peranan yang dimainkan oleh pasukan RELA , Pejabat RELA Daerah Lenggong telah didirikan di Tingkat 2, Mini Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Kampung Chain,33400 Lenggong,Perak. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihubungi di talian 05-7676085.

 

sumber: www.rela.gov.my