Ikan Pindang Daun Seniar merupakan salah satu makanan warisan masyarakat Perak. Ia sangat digemari. Walau pun masakan ini semakin pupus ditelan masa, namun di Lenggong makanan ini masih boleh didapati. Ikan Pindang Daun Seniar dihasilkan dengan menggunakan ikan sungai yang diperap dengan bahan perapan dan  dibalut dengan daun seniar. Ikan yang dibalut dan diikat harus direbus selama 2 atau 3 hari supaya semua bahan yang dibalut sebati dan tulang ikan menjadi lembut. Ikan ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun boleh dimasak menggunakan santan.

Selain pelbagai jenis ikan sungai dan daun seniar, bahan perapan yang terdiri daripada serai, daun kesum,bunga kantan, bawang merah, cili padi, asam keping, garam, gula, halia dan lengkuas digunakan bagi menghasilkan ikan pindang daun seniar yang sedap. 

 

                                                                 

 


                                                    

 

Pipit Riverside Cafe di Pengkalan Pipit  menghidangkan menu istimewa Mee Udang yang semakin disukai ramai  Sesiapa sahaja yang ingin menjamu  selera  sambil menikmati permandangan indah berlatar belakangkan bukit bukau serta tasik boleh la berkunjung di sini.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 016-759 0272


Ikan Bakar Restoran Tasik Raban

 

Ikan Bakar merupakan salah satu menu  utama pengunjung terutama di Restoran Tasik Raban. Restoran Tasik Raban menyediakan pelbagai pilihan ikan bakar mengikut saiz dan harga.Antara ikan yang boleh didapati di Restoran Tasik Raban seperti ikan Talapia, ikan keli dan pelbagai jenis ikan air tawar yang lain.Semuanya memenuhi selera anda.

 


Kuih Semperit

 

 

Kuih Semperit merupakan kuih tradisi. Kuih ini boleh didapati di Lenggong tanpa mengira musim.

 


Belotok Ikan

 

 

Belotok ikan merupakan masakan yang sangat digemari. ia diperbuat daripada isi ikan. Kebiasaannya ikan air tawar menjadi pilihan penduduk tempatan untuk menghasilkan belotok ini. Untuk menghasilkan belotok,isi ikan akan dimasak dengan sayur kampung seperti pucuk kaduk,pucuk mengkudu dan daun kunyit serta bahan asas yang lain.

 


Nasi Ulam

 

    

 

Nasi ulam merupakan nasi putih yang di gaul dengan beberapa jenis ulam atau daun herba yang mempunyai khasiat tersendiri. Nasi ulam ini sangat digemari terutama di bulan puasa. Rasanya yang sangat enak membuatkan semua lapisan masyarakat menggemarinya. 

Berikut adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan nasi ulam tradisi Lenggong serta resepi lengkap yang boleh dijadikan panduan untuk kita menghasilkannya sendiri.

 

 

 

 


Kebebe

 

Kebebe adalah makanan tradisional Lenggong. Kebiasaannya kebebe akan dihidang ketika majlis perkahwinan dan acara-acara tertentu seperti gotong royong,majlis berkhatan dan sebagainya sebagai pembuka selera. Kebebe adalah campuran beberapa bahan dan ditumbuk menggunakan lesung kayu. ia akan menghasilkan pelbagai rasa iaitu pahit,manis,masin,masam dan kelat. Menurut cerita orang dulu-dulu, kebebe biasanya dibuat ketika  gotong royong membuat kerisik sempena majlis perkahwinan. Lesung kayu yang berminyak setelah menumbuk kerisik tersebut akan digunakan untuk membuat kebebe. Selain dijadikan pembuka selera setelah penat bekerja, kebebe ini juga mampu menghilangkan minyak kerisik di lesung dan ulunya. Menariknya, kebebe dilakukan secara gotong royong dan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. 

              

 

 

sumber: En Razli Bin Ahmad (Ketua Kampung Lenggong)

 


Gulai Kemahang

Kemahang merupakan sejenis tumbuhan keladi yang mudah didapati di Lenggong. Kemahang sedap dimasak gulai di campur dengan pucuk paku,ubi kayu dan buah kulim. Rasanya yang enak mampu membuka selera penggemar masakan kampung khasnya. Memasak gulai kemahang ini memerlukan kepakaran supaya apabila dimakan tidak akan merasa gatal di tekak.