Dahulunya dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lenggong. Galeri Arkeologi Lenggong terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik. Keluasan keseluruhan kawasan Galeri ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Tarikan utama di galeri ini semestinya Orang Perak atau Perak Man. Perak Man  ini hidup di Lenggong sekitar 11,000 tahun dahulu. Kerangka Perak Man adalah satu daripada kerangka purba paling lengkap pernah ditemui di luar Afrika.

Replika Perak Man dipamerkan dalam replika Gua Gunung Runtuh di mana dia ditemui sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1990.

Di sini juga dipamerkan perkakas-perkakas purba daripada batu yang ditemui di Lembah Lenggong. Terdapat juga video show mengenai Perak Man.

Galeri ini mempunyai 2 tingkat. Di  tingkat bawah banyak mempamerkan artifak-artifak yang ditemui di Lembah Lenggong seperti batu, tembikar,perkakasan harian dan sebagainya. Manakala  di tingkat atas pula lebih menumpukan   penerangan mengenai Lembah Lenggong selaku Tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

Di belakang Galeri terdapat Menara tinjau.  Dari Menara Tinjau empat tingkat ini kita boleh lihat kawasan sekeliling termasuk sungai Perak dan hijauan pokok kelapa sawit mengelilingi kawasan Galeri.

Hari & Masa Lawatan

Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 ptg

Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari, 3.00 ptg - 5.00 ptg

         

Antara contoh-contoh barang artifak yang berada di dalam galeri.

Batu Zaman Pra Sejarah    

Replika Perak Man yang menjadi tarikan utama di Galeri.

                    

 Sumber: http://www.heritage.gov.my/