Di kawasan Lenggong terdapat beberapa kawasan yang menjalankan penternakan rusa secara berkelompok. Salah satu daripadanya adalah Padang Ragut Sungai Soh (A) di Kampung Bukit Sapi. Padang Ragut ini  mempunyai  keluasan  140 ekar yang dibahagikan kepada 13 bahagian. Setakat ini,Padang Ragut Sungai Soh (A) mempunyai 480 ekor rusa. 

Padang ragut ini merupakan projek perintis yang telah diusahakan hampir 15 tahun dahulu namun masih kekal sehingga kini dengan pengurusan baru oleh generasi kedua. Sebilangan besar pengusaha ternakan rusa ini terdiri daripada golongan Belia. Selain menjual daging rusa yang segar, pengunjung padang ragut ini berpeluang melihat  rusa dari jarak yang dekat. Sekiranya berminat untuk mendapatkan daging rusa yang segar boleh menghubungi En Muhamad Wafi Bin Mohamad Nonudin 012 432 2239.