Homestay Laman Bonda diusahakan oleh seorang anak muda yang dikenali sebagai Ashraf. Ia terletak berhadapan dengan Dataran Lenggong dan berhampiran kedai makan. Laman Bonda mempunyai 3 buah rumah bercirikan melayu tradisional iaitu Rumah Bonda, Rumah Alang dan Rumah Ateh.Ianya sangat sesuai untuk percutian keluarga mahupun secara pereorangan. Selain menyediakan tempat penginapan, Laman Bonda turut menyediakan pakej-pakej menarik untuk pengunjung antaranya berbasikal di sekitar Lenggong, meneroka gua-gua di sekitar Lenggong, memancing, memanah dan melawat ternakan rusa.
Sekiranya berminat untuk merasai kehidupan di rumah kampung dengan udara yang segar, bolehlah menghubungi saudara Ashraf di talian 017 4067727. Suatu pengalaman yang sangat menarik dijanjikan.