Terletak di Pinggir Tasik Chendroh,Kampung Klantan , Lenggong, Perak. Menyediakan penginapan berkonsepkan tradisional melayu dimana semua rumah yang terdapat disitu diperbuat daripada kayu. Turut menyediakan menu tradisional. Menariknya disini, pemilik Suka-suka Lake Retreat akan memberi pengalaman yang lain dari yang lain. Pengunjung dapat merasai suasana kampung yang sebenar. Kebanyakan pengunjung yang datang kesini terdiri daripada pengunjung luar negara seperti Australia, Kanada, Jerman, Jepun dan sebagainya.
Suka-suka Lake Retreat menyediakan rumah penginapan iaitu Rumah Pak Long, Rumah Mak Ngah, Rumah Tok Ki, Rumah Anjang ,Rumah Kutai dan Rumah Kak Chik. Selain itu terdapat sebuah rumah yang dikenali sebagai Rumah Mak Limah merupakan rumah untuk semua tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Sewaan kayak, sewaan bot, berjalan mengelilingi kampung berhampiran, memancing dan pakej BBQ turut tersedia.
Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi pemilik Suka-suka Lake Retrade iaitu En Abdul Aziz dan Puan Asiah di talian +60135251177 , +011 32732595 atau melalui facebook https://www.facebook.com/pg/SukaSukaLakeRetreat