Highland Village Kuak terletak di Kampung Lata Papan Kuak, Lenggong, Perak. Ia mula dibuka pada tahun 2016 dan merupakan salah satu destinasi menarik yang harus dikunjugi. Terdapat chalet untuk bermalam dan kolam mandi yang dibuka kepada pengunjung. Untuk lebih mencabar, pengunjung boleh berjalan kaki melalui laluan kebun untuk sampai ke Highland Village Kuak. Semestinya satu pengalaman menarik yang anda akan perolehi. Segala kepenatan akan dibalas dengan satu pemandangan yang indah serta udara yang sangat menyegarkan.