Program         : E- Learning  Bersama Pelajar PDK Lenggong (OKU) 

Tarikh             : 07 Febuari 2017

Tempat           : Pusat Internet Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar PDK Lenggong

 

Seramai 11 orang pelajar Pusat Pendidikan Khas (PDK) Lenggong telah hadir ke Pusat Internet  Lenggong untuk menerima pendedahan berkaitan penggunaan komputer. Untuk permulaan ini, mereka di ajar bermain puzzle jigsaw. Atas permintaan pihak pengurusan PDK ini, pihak Pi Lenggong akan mengadakan kelas internet bersama pelajar -pelajar istimewa ini setiap bulan. Semoga kerjasama dintara kedua belah pihak dapat membantu memberi pendedahan berkaitan penggunaah komputer kepada pelajar-pelajar ini.

 

   

  

 


Program         : E-Learning Bersama Pelajar Tadika Islam Lenggong

Tarikh             : 10 Febuari 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar Tadika Islam Lenggong Lenggong

 

Aktiviti mingguan bersama adik-adik  Tadika Islam Lenggong bersama Pusat Internet  Lenggong. Pada kali ini adik- adik bermain puzzle online dan menyanyi lagu-lagu baru Didi & Friend. Pada tahun ini, seramai 37 orang adik-adik tadika islam terlibat berbanding tahun lalu. 

 

  

  

 


Program         : KDB Bersama Pelajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

Tarikh             : 13 Febuari 2017

Tempat           : SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

 

Program Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan penggunaan internet yang betul terutama kepada para remaja. Taklimat Klik Dengan Bijak ini disampaikan oleh Cik Nurul Shuhada dari Pi Lenggong dan Puan Nur Safina dari Pi Kg Raban. Sepanjang taklimat berlangsung, beberapa soalan yang berkaitan telah disoal kepada para pelajar dan tindak balas yang diberikan sangat memberangsangkan. 

 

  

  

 


Program         : Klik Dengan Bijak Di MRSM Lenggong

Tarikh             : 20 Febuari 2017

Tempat           : Dewan Utama MRSM Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar MRSM Lenggong

 

Program Klik Dengan Bijak ini melibatkan 628 orang pelajar MRSM Lenggong. Tujuan diadakan Program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Program ini dijalankan oleh Pi Lenggong bersama Pi Kg Raban. Pelatih telah diberi taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet dan jenayah siber. Program ini juga turut diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan KDB bagi menguji pengetahuan para pelajar

 

  

 

 


Program         : Kelas Asas Adobe Photoshop

Tarikh             : 22 Febuari 2017

Tempat           : Pusat Internet Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar SK Lenggong

Kelas asas Adobe Photoshop ini telah disertai seramai 9 orang pelajar tahun 6 Sek Keb Lenggong di bawah kelolaan Cikgu Shar Mizan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas grafik kepada pelajar sekolah rendah. Mereka dikehendaki membuat satu poster menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam adobe photoshop dengan tunjuk ajar daripada petugas Pi Lenggong. 

 

  

  

.

 


Program         : Pertandingan Kahoot! Bersama Belia Lenggong

Tarikh             : 26 Febuari 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : 9 orang Belia Lenggong

 

Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama pelajar sekolah. Oleh itu, Pi Lenggong mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Kahoot! dan menjemput seramai 9 orang belia Lenggong bagi menyertai kuiz ini.Kuiz interaktif berunsurkan pertandingan ini sangat menyeronokkan dan semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas jawapan serta merta sama ada betul atau pun salah.Selain itu ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.