Tarikh |
: 15 Ogos 2020 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 13 Orang |
Tujuan
Memberi peluang kepada usahawan Lenggong mempelajari cara-cara menggunakan platform e-dagang untuk menjual produk dan sekaligus menyertai pertandingan usahawan baru online.
Aktiviti
Bengkel ini disertai oleh 13 orang usahawan Lenggong dan telah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Tenaga pengajar adalah penjual Shopee berpengalaman iaitu Puan Nadiatul Azwa Binti Mohamad Khalidi. Peserta telah diajar cara-cara mendaftar akaun Shopee, setting akaun, muatnaik produk, free shipping program, pesanan, return / refund / cancel, shop categories, shop catalog dan shopee marketing centre.
Gambar Aktiviti Disini