Tarikh

: 16 Julai 2022

Masa

: 8.00 Pagi – 2.00 Petang

Lokasi

: Gua Lenggong

Peserta

: 50 orang

 

 

Tujuan

Memberi peluang peserta menjelajah gua di sekitar Lenggong disamping dapat menikmati dan menjaga keindahan gua yang telah diberi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 

Aktiviti

Pengurus mewakili Pusat Ekonomi Digital Lenggong telah dijemput menyertai eksplorasi gua lenggong anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Lenggong dengan kerjasama Kelab Eksplorasi Lenggong. Eksplorasi ini melalui 5 jenis Gua iaitu Gua Memerang, Gua Ular, Gua Ngaum, Gua Asar dan Gua Kajang sejauh 4km keseluruhan perjalanan. Penyertaan lebih 50 orang peserta ini menyaksikan keterujaan mereka dalam menerokai kawasan tersebut di samping menjalankan kerja-kerja pembersihan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Noor Azam bin Ismail Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong.

 

Gambar Aktiviti Disini