Tarikh

: 17 Jun 2023

Masa

: 8:00 Pagi – 4:00 Petang

Lokasi

: Dewan Merdeka Lenggong

Peserta

: Komuniti Lenggong

 

 

Tujuan

Memperkenal dan mempromosikan  Pusat Ekonomi Digital Lenggong kepada komuniti disamping dapat mengukuhkan kerjasama dengan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Lenggong.

 

Aktiviti

Jelajah Genta Belia merupakan aktiviti yang berbentuk Roadshow, hebahan, kempen dan promosi bertujuan memberi pendedahan berkaitan inisiatif Pemerkasaan Ekonomi kepada belia oleh agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan. Pusat Internet Lenggong turut dijemput untuk membuka booth bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan lain seperti PASAK, MARA,AIM,Ar-Rahnu Lenggong, Perkeso dan usahawan-usahan tempatan.

Di Booth Pameran Pusat Internet menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Kuiz ICT dan Klik Dengan Bijak, Video Kreatif, Deco WhatsApp Business dan Design With Canva. Selain itu, Rakan Digital PUsat Internet telah berkongsi ilmu berkaitan Tik Tok kepada pengunjung. Program ini diserikan lagi dengan kunjungan YAB Menteri Besar merangkap ADUN Kota Tampan Dato' Seri Saarani Mohamad. YAB MB melawat gerai jualan dan pameran serta disambut meriah oleh peserta program. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi bersama dalam program ini.

 

Gambar Aktiviti Di Sini