Tarikh

: 13 September 2023

Masa

:9:00 Pagi – 4:00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: AJK Masjid Daerah Lenggong

 

 

Tujuan

Latihan aplikasi MyUmmah untuk kegunaan masjid-masjid di seluruh Lenggong

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan 10 buah masjid dalam daerah Lenggong dengan kehadiran 16 orang wakil masjid masing-masing. Kursus ini adalah kerjasama Pusat Ekonomi Digital Lenggong dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong serta K6 Tech Sdn.Bhd. Aplikasi MyUmmah ini dibangunkan oleh K6 Tech Sdn.Bhd. untuk kegunaan masjid-masjid di seluruh Perak termasuk Lenggong. Kursus ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Peserta diajar cara-cara penggunaan portal dan aplikasi MyUmmah. Aplikasi MyUmmah ini memudahkan proses seperti pendaftaran ahli kariah, menyumbang ke tabung masjid/surau, menerima notifikasi dari masjid/surau kariah, memeriksa waktu solat, mencari lokasi masjid/surau terdekat dan pelbagai lagi.

 

Gambar Aktiviti Di Sini