Tarikh

: 29 Nove,ber 2023

Masa

: 9.00 Pagi –5.00 Petang

Lokasi

: PICC Putrajaya

Peserta

: Petugas PEDi

 

 

Tujuan

Mengiktiraf petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia.

 

Aktiviti

Persidangan PEDi MADANI 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan ini diadakan bertujuan mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi di seluruh negara. Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka.

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim. Selain kehadiran petugas PEDi, persidangan ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan iaitu sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

Sumber: https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia