Tarikh

: 20 Januari 2024

Masa

: 9.00 Pagi– 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

 

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi yang terlibat.

 

Aktiviti

Program ini melibatkan 4 agensi yang terdiri daripada Tabung Haji, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Yayasan Perak dan Jabatan Perangkaan Perak. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji adalah pendaftaran akaun, simpanan tunai, kemaskini maklumat peribadi dan semakan tawaran Haji. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran akaun EzBIZ, pendaftaran perniagaan, perbaharui perniagaan dan kemaskini maklumat peribadi. Yayasan Perak pula menyediakan perkhidmatan seperti penerangan berkenaan Tabung Usahawan, Insentif Siswa, Tabung Anak Perak dan Sayangi Rumahku. Manakala Jabatan Perangkaan pula menyediakan perkhidmatan mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU. Anggaran komuniti Lenggong yang mendapatkan perkhidmatan daripada agensi terlibat adalah seramai 180 orang.

 

Gambar Aktiviti Disini