Tarikh

: 24 Febuari 2024

Masa

: 9.00 Pagi – 4.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Usahawan & Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Memperkenalkan teknologi AI ( Artificial Inelligence ) kepada usahawan.

 

Aktiviti

Mini Program Usahawan memfokuskan penglibatan usahawan sekitar Lenggong. Agenda program adalah Bengkel AI Tools For Business yang telah disertai oleh 23 orang usahawan Lenggong dari pelbagai latar belakang perniagaan. Peserta telah diajar tentang AI Tools seperti ChatGPT, Bing Creator Image, Capcut dan mencipta logo menggunakan website seperti Looka.com dan Turbologo.com. Program ini juga disertai oleh KWSP Ipoh yang menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran ahli, i-akaun, i-suri, i-saraan, i-lindung, semakan penamaan dan banyak lagi. Pegawai KWSP turut memberi taklimat ringkas berkenaan caruman sukarela i-saraan kepada peserta bengkel usahawan. Selain itu, Pejabat Perangkaan Perak (DOSM) turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU). Sarapan pagi dan makan tengahari turut disediakan kepada semua peserta bengkel usahawan dan agensi yang terlibat. Program juga diserikan dengan sesi cabutan bertuah bersama peserta bengkel usahawan. Anggaran jumlah pengunjung dan peserta adalah seramai 65 orang.

 

Gambar Aktiviti DISINI