Program         : Merapatkan Jurang Digital

Tarikh             : 25 Febuari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

 

Tujuan

Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan fungsi Pi1M dan merapatkan hubungan petugas Pi Lenggong dengan komuniti setempat terutama golongan dewasa. 

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta.Kemudian peserta dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut peringkat umur. Kedua-dua kumpulan akan berlawan sesama sendiri untuk menaip tugasan yang diberikan. Hadiah akan disediakan untuk 3 orang pemenang sahaja.  Sebelum itu , peserta telah diajar terlebih dahulu cara-cara menaip dan penggunaan setiap keypad di papan kekunci dan penggunaan tetikus.

Selesai pertandingan menaip, peserta juga diajar untuk memuat turun aplikasi dashboard dan petugas menerangkan penggunaan aplikasi tersebut. Pemeriksaan tekanan darah juga disediakan untuk setiap peserta yang hadir.

Program berakhir dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar.

 

Gambar Aktiviti DISINI