Program         : Booth Di Program Mobile CTC

Tarikh             : 08 Oktober 2016

Tempat           : Dataran Lenggong

Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Penduduk sekitar Lenggong

 

Mobile Community Transformation Programme- Mobile CTC merupakan satu program yang menghimpunkan perkhidmatan bergerak kerajaan. Ia disasarkan kepada penduduk luar bandar yang tiada akses kepada perkhidmatan asas kerajaan. Oleh kerana itulah, wujudnya program Mobile CTC bagi membawa segala perkhidmatan asas kerajaan ini ke kawasan luar bandar. 

Program ini dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti aerobik dan larian sempena Hari Sukan Negara. Pelbagai Booth perkhidmatan juga disediakan seperti Pejabat Pendaftaran Negara, Pasar Bergerak ,Mobile CTC, Ar Rahnu, LPPKN, Jabatan Kebajikan Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah, TEKUN, MARA, PTPTN dan sebagainya. Pusat Internet  Lenggong dan Pusat Internet  Raban mengambil inisiatif untuk membuka booth juga bagi mempromosikan perkhidmatan Pi kepada orang ramai.  

  

                  

 
  
 

 


 Program         : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Luat

Tarikh             : 13 Oktober

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar Tahun 6 SK Luat

 

Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama pelajar sekolah. Oleh itu, Pi Lenggong mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Kahoot! dan menjemput seramai 12 orang pelajar tahun 6 Sk Luat.Kuiz interaktif berunsurkan pertandingan ini sangat menyeronokkan dan semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas jawapan serta merta sama ada betul atau pun salah.

    

 

                                      

 

 


Program         : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Lenggong

Tarikh             : 17 Oktober 2016

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Pelajar Tahun 6 SK Lenggong

 

Pertandingan Kuiz Interaktif yang menghiburkan telah dianjurkan oleh Pusat Internet  Lenggong bersama pelajar lepasan UPSR Sekolah Kebangsaan Lenggong. Kuiz yang menarik ini memerlukan peserta menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan dan peserta akan mendapat keputusan dalam masa yang sama. Peserta yang memperolehi markah tertinggi akan memenangi pertandingan ini.