Program         : Bengkel Asas Adobe Photoshop

Tarikh             : 2 dan 3  November 2016

Tempat           : Pi Lenggong

Pihak Terlibat : Pi Lenggong dan PelajarTahun 6 SK Lenggong

 

Bengkel asas Adobe Photoshop ini diadakan selama 2 hari dan melibatkan 21 orang pelajar Tahun 6 daripada Sekolah Kebangsaan Lenggong. Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan grafik kepada pelajar sekolah rendah.

   

 


Program         : Fun Learning

Tarikh             : 9 November 2016

Tempat           : Pi Lenggong

Pihak Terlibat : Pi Lenggong dan Pelajar Orang Asli SK Lenggong

Kelas ini melibatkan 5 orang pelajar orang asli Sekolah Kebangsaan Lenggong. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas komputer kepada pelajar seperti cara penggunaan internet, reka cipta kad menggunakan Microsoft Publisher dan cara penggunaan youtube.

  

 


Program         : Taklimat Dashboard Pi1M kepada Wakil Sekolah Dan PBT Daerah Lenggong

Tarikh             : 16 November 2016

Tempat           : Pi Lenggong

Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Wakil Sekolah Dan PBT Daerah Lenggong

 

Satu taklimat tentang penggunaan Dashboard telah diadakan di Pi Lenggong. Penekanan di berikan terhadap 2 modul utama iaitu MySoal dan MySkool. Wakil-wakil Sekolah dan PBT diberi penerangan tentang penggunaan Dashboard dan segala aplikasi yang berkaitan dengan Dashboard supaya dapat digunakan nanti. 

 

   

 


Program         : Hari Generasi Digital (Pelancaran Aplikasi Dashboard & Klik Dengan Bijak)

Tarikh             : 18 November 2016

Tempat           : Perkarangan Pi Gerik

Pihak Terlibat : Pi Kluster Hulu Perak

 

Program Hari Generasi Digital diadakan pada 18 November 2016 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini adalah anjuran Kluster Hulu Perak. Sebanyak 7 PI daripada Kluster Hulu Perak yang terlibat iaitu PILenggong, PI Kg Raban, PI Felda Lawin Selatan, PI Grik, PI Felda Bersia, PI Felda Nenering 1,dan PI Pengkalan Hulu. Booth pameran yang terdiri daripada AADK, Polis, Bomba, Perpustakaan Negeri, dan Pejabat Kesihatan turut disediakan begitu juga booth jualan yang terdiri daripada usahawan tempatan. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi Pi kepada komuniti disamping dapat memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Dashboard,Klik Dengan Bijak dan kempen E-Waste yg dijalankan di Pi.

Antara Jemputan Kehormat yang hadir pada program tersebut adalah YB Dato' Hasbullah Bin Osman iaitu Ahli Parlimen Gerik, Puan Hanita Izam binti Abdul Rahman iaitu Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, En Ridha Bin Mohamad ( wakil MSD Sdn Bhd), Encik Roslan Bin Kamaruzaman ( Setiausaha Majlis Daerah Grik) dan Encik Mahbub Ahmad  Bin Abdul Hamid (Pegawai PPD Daerah Hulu Perak ).

 

                    

   

 


Program         : Program Kelestarian Warisan Alam

Tarikh             : 26 November 2016

Tempat           : Lata Perahu,Kampung Chuar Hulu,Padang Rengas

Pihak Terlibat : Pi Lenggong dan Pi Felda Lawin Selatan

 

Program Kelestarian Warisan Alam diadakan pada 26 November 2016 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan explorace yang disertai oleh golongan belia. Pelbagai booth pameran dan jualan dibuka seperti JPAM, AADK, Kolej Komuniti, pejabat Kesihatan, KYS Herbs, Homestay Chenderoh dan bermacam-macam lagi. PI Lenggong dan PI Felda Lawin Selatan mengambil inisiatif untuk membuka booth PI bagi mewakili Kluster Hulu Perak, untuk memberikan pendedahan KDB dan mempromosikan PI kepada komuniti yang berkunjung ke program ini. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ybhg. Dato Jamal Nasir ( Setiausaha Politik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) dan Ybhg Encik Zainun Bin Mat Noor ( ADUN Chenderoh).