Padang Astaka Bunga Raya dibawah kelolaan Majlis Daerah Lenggong terletak bersebelahan Balai Polis Lenggong merupakan tempat riadah penduduk sekitar. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti lampu limpah di setiap penjuru padang menjadikan tempat ini sesuai untuk melakukan sebarang aktivit terutama di waktu malam. Antara aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah seperti fiesta, perbarisan sempena Hari Kebangsaan, Perlawanan Bola Sepak dan sebagainya.