Antara produk tempatan yang semakin mendapat tempat terutama di kawasan Lenggong:

 

Rempah Masak Hitam

 

Rempah masak hitam keluaran Opah Ngah Enterprise (ONE) merupakan satu produk tempatan yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Rempah ini bukan sahaja mendapat tempahan di Lenggong malah di serata tempat dikenali. Rasanya yang enak dan mudah dimasak membuatkan rempah masak hitam ini mula dikenali. Permintaan semakin meningkat apabila tiba musim perayaan.

Rempah ini diusahakan oleh En Musa Bin Abd Wahab di Kampung Lenggong,Jalan Pechah Batu.

 


Kaychain sulam

 

                                        

 

Keychain bersulam yang boleh dijadikan cenderahati semakin digemari. Keychain ini diusahakan oleh Puan Norizan Binti Othman iaitu seorang tukang jahit sulam yang terkenal di Lenggong.