BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Pn Masitah Binti Sadari

Umur

: 52 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Pn Masitah berminat untuk belajar komputer tetapi tidak berpeluang kerana kekangan waktu dan perlu menumpukan perhatian menjaga anak yang kurang upaya di rumah dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan gerai makanan. Tetapi setelah melihat rakan menyertai kelas di Pusat Internet Lenggong, beliau berminat untuk turut serta.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Masitah tidak mempunyai asas komputer dan tidak pernah menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaanya Pn Dzuraida belajar cara-cara untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Seterusnya melalui perisian Microsoft Word, beliau telah diajar cara-cara membuat surat rasmi, surat jemputan majlis dan ‘flyers’.Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, beliau sudah mahir dengan penggunaan tetikus dan papan kekunci, Microsoft Word dan Internet.