BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Shahariah Binti Suwapli

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Shahariah merupakan suri rumah sepenuh masa. Walaupun seorang suri rumah,namun Puan Shahariah aktif mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Komuniti Lenggong seperti Kelas Bahasa Inggeris,Kelas Tarian dan kelas komputer anjuran PIK Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai proram anjuran PIK Lenggong, Puan Shahariah hanya mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet sahaja. Dengan minat untuk mempelajari sesuatu yang baru beliau telah mendaftar sebagai ahli PIK Lenggong untuk menyertai kelas komputer secara percuma.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PIK Lenggong, beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Antara kelas yang disertai adalah Microsoft Word,Microsoft Power Point,Microsoft Excel,Microsoft Publisher,Adobe Photoshop dan E-Pembelajaran. Banyak ilmu yang diperolehi melalui kelas di PIK Lenggong seperti membuat surat, jadual dan resume (Microsoft Word), membuat pembentangan (Microsoft Power Point), membuat akaun kira-kira dan data entry (Microsoft Excel), membuat kalendar dan kad ucapan (Microsoft Publisher) dan membuat poster dan banting (Adobe Photoshop). Pn Shahariah juga belajar cara-cara membuat poster secara atas talian menggunakan website postermywall.com. Sehingga kini beliau masih lagi mengikuti kelas yang dianjurkan di PIK Lenggong.