USAHAWAN MAKANAN DAN PAKAIAN

Nama

Asmaeyah Binti Sihabuddin

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Asmaeyah berumur 36 tahun dan merupakan seorang kakitangan swasta dan usahawan kecil di Lenggong. Puan Asmaeyah menjul pelbagai jenis roti dan pakaian yang menggunakan kaedah celup seperti tshirt,kemeja,kaftan dan tudung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan Pusat Internet Komuniti, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mendaftar sebagai ahli di PIK Lenggong pada tahun 2017, Puan Asmaeyah telah menyertai pelbagai kelas, program dan pertandingan yang dianjurkan. Antara kelas yang disertai adalah Microsoft Office, Adobe Photoshop, E-Pembelajaran dan E-Dagang (Shopee) manakala program yang disertai adalah seperti Hari Bersama Komuniti dan Jom Sihat. Melalui kelas-kelas yang disertai, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office serta menghasilkan banner dan risalah untuk produk beliau.