BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Chan Sook Wei

Umur

: 43 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Chan Sook Wei merupakan guru tadika di Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai proram anjuran PIK Lenggong, Puan Chan Sook Wei hanya mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet sahaja. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran telah membuatkan Puan Chan Sook Wei mencari alternative untuk mempelbagaikan pengetahuan beliau dalam memahirkan penggunaan komputer. Oleh kerana itu, Puan Chan Sook Wei telah mengikuti kelas secara percuma di Pusat Internet Komuniti Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PIK Lenggong, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office. Saya berminat untuk belajar komputer kerana sudah lama ketinggalan. Antara kelas yang diikuti oleh Puan Chan Sook Wei adalah seperti membuat surat dan jadual (Microsoft Word), membuat pembentangan (Microsoft Power Point), membuat akaun kira-kira dan data entry (Microsoft Excel) dan membuat kalendar dan kad ucapan (Microsoft Publisher). Sehingga kini Puan Chan Sook Wei masih lagi mengikuti kelas yang dianjurkan di PIK Lenggong.