USAHAWAN KEK DAN BISKUT

Nama

Norizan Binti Shahidin

Umur

: 63 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Norizan berumur 63 tahun dan merupakan seorang usahawan kecil - kecilan di Lenggong.Beliau mengambil tempahan kek,pudding dan biskut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengenali PEDi Lenggong , Puan Norizan telah mempunyai asas komputer, aplikasi Whatsapp dan Facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Norizan mendaftar sebagai ahli PEDi Lenggong pada tahun 2017 kerana PEDi Lenggong menyediakan kelas komputer. Melalui PEDi Lenggong juga, Puan Norizan telah diajar cara-cara untuk mempromosikan produk jualan di Facebook dan Whatsapp. Selain itu , beliau juga belajar cara-cara untuk mencari resepi masakan di internet bagi menambah ilmu pembuatan kek dan cara-cara untuk menyertai kelas bisnes PJJ di platform Facebook.