USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

Nama

Nur Izzatul Nadhirah Binti Kamis

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Puan Nur Izzatul Nadhirah berumur 26 tahun dan merupakan kakitangan swasta dan usahawan di Lenggong.Puan Izzatul Nadhirah menjalankan perniagaan menjual aromaterapi dan produk kesihatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sederhana mahir menggunakan Facebook dan Whatsappuntuk urusan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melibatkan diri dengan PEDi Lenggong, Pn Izzatul Nadhirah lebih mahir menggunakan Facebook dan Whatsapp untuk bisnes. Beliau mula mencipta kedai E-Dagang (Shopee) dan mengikuti program yang dijalankan di PEDi. Selain kelas-kelas e dagang , beliau turut menambah pengetahuan dengan mengikuti kelas Microsoft excel dan multimedia seperti adobe photoshop,canva dan membina poster menggunakan aplikasi atas talian.