USAHAWAN MAKANANAN DAN “CASH ON DELIVERY” (COD)

Nama

Noor Atikah Binti M. Sharani

Umur

: 28Tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Puan Atikah menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis makanan secara cod.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi Lenggong, beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja. Segala promosi perniagaannya hanya melalui aplikasi Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dijalankan di PEDi Lenggong, Puan Atikah dapat mempelajari cara-cara menghasilkan copywriting yang lebih menarik untuk produk jualannya. Beliau juga belajar cara-cara menggunakan Whatsapp Business untuk mempromosikan hasil jualan dengan lebih teratur dan professional. Selain itu PEDi Lenggong juga mengajar beliau cara-cara menjual di platform Facebook Marketplace.