USAHAWAN SOS CILI PISANG

 

Nama

Qistina Zaini Binti Hamzah

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Cik Qistina merupakan usahawan di Lenggong. Cik Qistina telah menghasilkan sos cili pisang yang telah Berjaya mendapat permintaan terutama dikalangan penduduk tempatan. Selain itu, Cik Qistina juga mengambil tempahan masakan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis doa selamat dan hari lahir.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau Bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi ) Lenggong, Cik Qistina telah mempunyai asas dalam penggunan aplikasi Facebook , Whatsapp dan Microsoft Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong, Cik Qistina dapat mempelajari ilmu baru iaitu menghasilkan pelekat produk dan poster produk menggunakan aplikasi Canva dan Adobe Photoshop. Selain itu, Cik Qistina juga telah diajar cara-cara merekod jualan menggunakan Microsoft Excel dan belajar membuat invoice menggunakan Microsoft Word..