USAHAWAN MAKANAN DAN “COD”

 

Nama

Nor Fadzilah Binti Jaa

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Nor Fadzilah merupakan seorang usahawan yang menjual pelbagai jenis makanan dan pelbagai barangan keperluan yang lain. Selain menghantar hasil jualan di gerai-gerai sekitar Lenggong, Puan Nor Fadzilah juga turut menerima tempahan dan membuat COD hasil jualannya..

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengenali PEDi, Puan Nor Fadzilah telah mempunyai akaun facebook dan aplikasi Whatsapp Sahaja dan Puan Nor Fadzilah lebih aktif berniaga di aplikasi Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mendaftar sebagai ahli di PEDi Lenggong Puan Nor Fadzilah berpeluang mengikuti lebih banyak kelas, program dan pertandingan anjuran PEDi Lenggong. Melalui kelas dan program yang telah dianjurkan , Puan Nor Fadzilah semakin mahir menggunakan internet untuk urusan perniagaannya. Antara kelas yang telah disertai oleh Puan Nor Fadzilah adalah seperti kemahiran Whatsapp Business,Canva dan pengurusan kewangan. Selain itu, beliau turut mengikuti kelas keusahawanan secara atas talian dan pelbagai pertandingan anjuran PEDi Lenggong.