USAHAWAN BAJA DAN PRODUK KESIHATAN WANITA

Nama        :     Melor Binti Daud

Umur         :    34Tahun

Ahli            :    2015

 

Latar Belakang 

Cik Melor merupakan pemegang Ijazah Sajana Muda dalam bidang Biologi. Beliau pernah bekerja sebagai guru sandaran,petani cili dan juga pereka grafik. Kini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam penghasilan dan penjualan baja serta poduk kesihatan wanita. Kedua-dua produk ini adalah hasil buatan beliau sendiri.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI , beliau sudah mahir menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan mengenali PI , beliau banyak meluangkan masa dengan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PI. Beliau juga mengikuti kelas Adobe Photoshop bagi memantapkan kemahiran beliau dalam aplikasi tersebut. Cik Melor juga turut mengikuti kursus pemasaran produk bersama FAMA serta Lazada. Beliau turut mengikuti kelas E-Rezeki yang dianjurkan oleh PI Lenggong. Usaha yang berterusan untuk memperkenalkan produk beliau dengan  membina website sendiri telah membantu beliau meningkatkan hasil jualan produk beliau. 

Walaupun Cik Melor semakin berjaya dengan perniagaan beliau namun, Cik Melor masih berkunjung ke PI Lenggong untuk mencari kaedah-kaedah dan peluang bau untuk terus mengembangkan perniagaan beliau.