BELAJAR ASAS KOMPUTER, GRAFIK DAN INTERNET

 

Nama

: En Muhammad Rizal Izwan Bin Jaafar

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

En Muhammad Rizal Izwan merupakan ahli Pusat Internet Lenggong, Ahli Jawatankuasa Pusat Internet Lenggong dan sukarelawan Pusat Internet Lenggong. Beliau merupakan pekerja swasta di Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, En Muhammad Rizal Izwan hanya mempunyai asas Microsoft Word, Microsoft Power Point dan penggunaan Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di Pusat Internet Lenggong, beliau lebih mahir menggunakan Microsoft word dan Microsoft Power Point. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu baru di Pusat Internet seperti Microsoft Excel, Microsoft Publisher, Adobe Photoshop dan lain-lain.

Pusat Internet Lenggong juga telah memberi peluang kepada beliau untuk mengikuti pelbagai program secara percuma seperti program E-Rezeki, Dashboard Komuniti, bengkel keusahawanan dan program-program bersama komuniti yang lain.