USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Roslina Binti Abd Aziz

Umur

: 43 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Roslina berumur 43 tahun dan merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk makanan. Antara produk makanan yang mendapat sambutan adalah Sambal Hitam Pahang dan Pau Mawar. Selain itu. Puan Roslina juga menerima tempahan pelbagai kuih muih, nasi dan lain-lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai asas komputer. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas ICT dan keusahawanan yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti bengkel usahawan seperti bengkel shoppe, Puan Roslina dapat menambah pengetahuan untuk memasarkan produk beliau secara atas talian. Ini dapat membantu beliau menambahkan peluang perniagaan selain melalui facebook dan instagram.